Monday, January 21, 2013

Ladang Anggur Tasik Beris - PART 1

Sejak2 cuti nie...aku selalu baca blog orang yg dok pi travel sana sini...tiba2 macam best plak...berangan la jgk sat kot2 bleh p travel macam diaorang...he33....

so utk entry kali nie aku nak citer sket macam mana aku terjah ladang anggur kat tasik beris...jgn ingat kat mesia ni xdak yg best tau... 

alkisahnya nak pi 23 disember 2012...tapi tup2 aku ada taklimat untuk latihan mengajar...so terpaksa la diawalkan...pi tetap kena pi...mana boleh cancel....he333 

plan punya plan aku dgn family aku konpem yg kami nak pi sana on 15 disember 2012...masa yg sama bff aku kawen kat langgar,kedah....so amik chance terus la... 

mula2 tengahari tu aku dgn family p wedding izzaty yakni dua pupu aku kat dewan badawi kat bagan...then terus gerak pi umah olie kat kedah....jalan plak jam time tue sebab ada accident....dlm kul 2 lebih baru sampai umah olie dgn ujan plak tue....

sampai2 terus makan...then chit chat plus amik gambar sket dgn pengantin..pastu terus gerak masuk highway dgn tujuan nak pi tgk anggur...

nak sampai ke tasik beris nie...naik hinghway utara-selatan pastu exit gurun...lepas exit gurun terus amik kanan....straight je akan sampai la kat ladang anggur tue...nak kata dekat tu jauh la jugak dari exit gurun tue...akan lalu la macam2 kampung kat area situ...

aku dah malas nak tulis...so korang tgk jelah gambar yg sempat aku snap time kat ladang anggur tue.... (:





ni view sebelum sampai kat ladang anggur







model2 ladang anggur...u.p korang nak masuk dlm ladang ni kena fees rm4 /person...





Demam Setia Hujung Nyawa



untuk entry kali nie aku nak review sket pasal drama yg dok tgh hot kat tv3 lanie....drama ni adaptasi drpd novel 'setia hujung nyawa' by fatin nabila....tajuk yg production pakai pun masih sama....


nak dijadikan citer, novel ni dah lama aku beli.....tp baca x abeh2....he333....bukan sebab x best tp kalo dlm novel part yg awai2 tu macam boring sket....aku ni bila dah bosan mula la xdak mood nak abehkan citer....jadi terperam la novel nie dlm almari buku aku....


tup2....aku dgr novel ni nak kluar tv jadi drama....terusla aku menggigih cari blk novel dan mulakan pembacaan aku dari mula....nak tau jugak best sgt ke sampai nak kluar tv....sebab selalunya drama2 yg adaptasi dari novel mostly best2 banget...

so kat sini aku tepek sket sinopsis drama ni....


pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.


Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?


Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. 

Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.


Zain ni romantik!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya(zaman remaja) Ish2 dunia2. Ini membuka mata Datin Adibah dan menerima Ersalina sebagai madunya.Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.Happy ending


bagi aku yg kaki novel nie...utk setia hujung nyawa antara drama dengan novel aku rasa drama lagi best...byk konflik maybe sebab nak panjangkan citer...kalo dalam novel banyak watak dimatikan macam zehra dgn iqram...mungkin jugak sebab dlm tv so lebih real la katakan...apapun citer nie memang best....x rugila kalo nak follow pun....pelakon2 dia pun so far ok....so kepada yg x penah tgk lgi boleh la tgk secara on9 ya....manatau kot2 sangkut....(:


nie pelakon2 tuk drama nie...

nie pulak hero & heroin drama nie....ammar asyraf dan nelydia senrose..ammar hensem plak dlm nie...style rambut lain...

XOXO

---happy watching---


Sunday, January 13, 2013

2013 UPDATE


Dah 3 taun rupanya aku x penah bukak blog nie....tiba2 je malam ni terasa 'kuch2 hotta hai plak'...hahahaha....alang2 dah bukak tue baik aku refresh je blk blog aku nie....hari ni dah msk 14 jan 2013...dah byk yg jd dlm life aku....lanie aku tgh smbg program DPLI kat USM....dah abeh pun semester II....tgh tggu result la lanie....cuti 3 minggu then akan start praktikum dkt SMK Seberang Jaya 4 Feb nanti...

Bila terfikir pasal praktikum (LM) rasa cuak jgk....u.p korang aku ni dulu x pernah terfikir tuk jadi cikgu....tp pas matrik dlu ada jgk apply cikgu sebab parents suruh...tp x dpt....so aku smbung buat finance je kat Uitm di hatiku 3 taun....

Tapi since 2009 start jadi GSTT (guru sandaran x terlatih), minat aku kat profesion perguruan makin bercambah....aku rasa happy dgn apa yg aku buat....happy deals dgn persekitaran sekolah.....so sejak tu la aku tanamkan yg aku nak jadi sorang cikgu....mcm2 cara aku apply...KPLI,DPLI,SABK....tp semua tue bkn rezeki aku....aku x bernasib baik mcm kawan2 lain yg sekali apply dah dpt....akhirnya jadilah aku GSTT selama hampir 3 taun dgn pelbagai pengalaman manis+payau sket2....

Akhirnya, penantian aku x sia2...last year(2012) kerajaan buat adhoc punya program tuk budak2 GSTT mcm aku....akhirnya setelah lepas beberapa prosedur+intebiu...aku pun bergelar student DPLI kat USM....Dan bulan depan aku dah nak mula praktikum selama 16 minggu...

Harap2 Allah permudahkan proses LM aku bersama rakan2 yg lain....Amin..